Hari ni hari terakhir aku bekerja dalam minggu ni...
Esok aku mula bercuti..errmmm best dpt cuti ddk rehat di umah.
Kepada Semua aku n suami mengucapkan Selamat Manyambut Tahun Baru 2010
Manfaatkan masa bercuti kita bersama keluarga tercinta, selalunyer kita bz dgn tugasan di pejabat sampaikan tak sempat nak berborak dan bertanya kaba dgn keluarga..so sekaranglar masa nyer..ok selamat bercuti panjang..
Kalau hari banyak keja tu banyak lar sangat..sampaikan tak sempat tangan nak membuatnyer, mungkin mood kerja pun hilang kot sebab nak bercuti panjang lepas ni. ape perancangan untuk cuti tak tau lagi.
Aku nak ajak hubby g berkelah lar n bakar ikan di tepi sungai..hmmm..best tu. My hubby mesti suka. Aktiviti yg sangat diminati oleh 'b'. Lepas mandi sungai terus makan masa tu perut tengah lapar apa pun lauk mesti sedap.
'b' sekarang tengah bz dgn projek baru dia. banyak yang perlu di selesaikan. Memandangkan 'b' bz aku tak nak lar ganggu 'b' n ajak ke tempat yg jauh sangat..biar selesai semua projek baru pas tu g jalan jauh2.
Cuaca mendung di luar..kesejukan melanda diriku..arrhhh..aku tak suka udara yg terlalu sejuk..
Agak lama aku menyepi, bukan pe aku cuma merehatkan diri bersama 'b' aku. fuh lega rasa nyer dpt keluar dari kl...yang sentiasa ada jem. nak tau aku bercuti ke mana? Cuma bercuti ke MELAKA ..aku ngan 'b' menikmati pemandangan laut yg luas, apa ntah nama pantai tu aku terlupa plak...
Dalam bulan 12 ni banyak sangat cuti. 3 minggu berturut-turut hari jumaat adalah hari bercuti.
18 Disember - Cuti Awal Muharam
25 Disember - Krismas
1 Januari 2010 - adalah New Years
Wah banyak cuti tu..semua perancangan semua dah ada dlm fikiran. Sekarang tengah berlangsungnyer YES!! apa tunggu lagi..jom lar..
Diam tak diam kita akan menyambut tahun baru Masihi (1431), dan 1430 hijrah akan meninggalkan kita, banyak kenangan yang akan kita semua tinggalkan.
Sebelum Terlupa ingin saya dan suami mengucapkan Selamat Menyambut Ma'al Hijrah 1431 dan Tema bagi Sambutan Ma'al Hijrah Tahun ini ialah "Memantapkan Ukhuwah Memperkasa Ummah".
Alhamdulilah kerana kita masih diberi peluang untuk bernafas dan menikmati nikmat-nikmat dari MAHAPENCIPTA SEKALIAN ALAM. Apakah azam kita pada tahun baru ini? Barangkali ada yang terlupa untuk menyambut tahun baru hijrah kerana terleka dengan kehidupan yang sementara ini. Apapun marilah sama-sama kita ingat mengingati kepada perkara yang membawa kepada sesuatu yang baik.
Di Kesempatan ini juga saya ada sertakan Doa Akhir Tahun dan Doa Awal Tahun untuk kita semua. Selamat Membaca...
AWAL MUHARRAM
MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.
Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.
Peristiwa-peristiwa penting:
1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.
10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.
Pada 10 Muharam juga telah berlaku:
Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
Hari pertama Allah menciptakan alam.
Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
Hari pertama Allah menurunkan hujan.
Allah menjadikan 'Arasy.
Allah menjadikan Luh Mahfuz.
Allah menjadikan alam.
Allah menjadikan Malaikat Jibril.
Nabi Isa diangkat ke langit.
DOA AKHIR TAHUN HIJRAH
Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
"Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan
aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun"
Barangsiapa yang membaca doa awal tahun ini, insya Allah dirinya akan terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan di sepanjang tahun tersebut.
Artinya: Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Allah SWT berselawat ke atas junjungan kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Ya Allah Wahai Tuhan Kami, apa yang telah aku lakukan dalamtahun ini terhadap hal-hal yang Engkau larang aku untuk melakukannya dan aku masih belum bertaubat. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat atas kelalianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunan-Mu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian atas apa yang Engkau ridhai dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepada-Mu.
Ya Allah Wahai Tuhan Kami, Wahai yang Maha Pemurah, Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepada-Mu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas junjungan kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengaruniakan kesejahteraan ke atas mereka.
DOA AWAL TAHUN
Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan
dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan".
Artinya: Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Allah SWT berselawat ke atas junjungan kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Ya Allah Wahai Tuhan Kami, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. Yangawal dan atas kelebihan-Mu yang besar dan kemurahan-Mu yang berlimpah dan ini adalahtahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dari-Mudisepanjang tahun ini dari syaitan dan para pembantunya dan dari bala tentaranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepada-Mu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Amalan-Amalan Sunat
Antara amalan disunatkan pada bulan Muharam:
Berpuasa. Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun.Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3X
Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3X
Aku tidaklah sebaik mana untuk membetulkan orang lain, tapi sama-samalah kita ingat-mengingati dan memperbaiki diri untuk kehidupan yang kekal abadi di SANA nanti...
YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM, lindunglilah dan peliharakanlah kami, kedua ibubapa kami, suami kami/ isteri kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami & ampun semua orang Islam dari azab seksa api neraka Mu YA ALLAH.
Sesungguhnya kami tidak layak untuk menduduki syurgaMu YA ALLAH, namun tidak pula kami sanggup untuk ke nerakaMu YA ALLAH.
Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat kami dan terimalahsegala ibadah dan amalan kami dengan RAHMATMU YA ALLAH......AMIN.....
Luasnya Neraka
Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datangkepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s.a.w.: "Mengapa aku melihat kau berubah muka?"
Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itubenar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasaaman dari padanya."
Lalu nabi s.a.w. bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam."
Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalamAl-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang dihujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi,dan minumannya air panas campur nanah, dan pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannyayang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan."
Nabi s.a.w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?"
Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya dibawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun,tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda." (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)
Tanya Rasulullah s.a.w.: "Siapakah penduduk masing-masing pintu?"
Jawab Jibrail: "Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.
Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,
Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.
Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,
Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.
Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir."
Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: "Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?"
Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat." Maka nabi s.a.w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sedar nabi saw bersabda: "Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?" Jawabnya: "Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu."
Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah. (dipetik dari kitab "Peringatan Bagi Yg Lalai")
Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku. Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:
1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat
Mudah-mudahan dapat menimbulkan keinsafan kepada kitasemua. Wallahua'lam.
Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159 Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.
Inilah Buah Keranji...Selalu aku dengar pantun tapi sekarang aku dah tengak mcmana rupa n rasa buah keranji sebenarnya....tu dia....sedap rupanyer buah keranji ni
Mandi di Kolam Air Panas...Baling..Kedah
Kolam Air Panas Ulu Lenggong..Baling Kedah..ni lar tempat dia.
Terer jgk hubby driver motorbike...hehehe
Suasana tenang di Sungai..Ulu Lenggong
Sebelum balik sempat aku berposing di sekitar kawasan homestay
Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha buat semua Umat Islam yang akan menyambutnyer esok. Ramai yang sudah bercuti dan ada juga yang sudah sampai ke kampung halaman. Bila sudah sampai kampung halaman semua benda nak masak n nak kemas rumah kan...so buzy sangatkan...ok lar tu dari tak balik kampung macam aku ni.
Raya kali ni aku kat KL jer..raya di KL lar...tak best nyer. Semua nyer rasa slow. tak macam di kampung semua berbeza. Tapi apapun aku tetap ada suami tercinta di sisi. Cuma bezanyer mak abah n adik2 tak de...klau ada adik2 aku yang nakal semua jadi ceria, dengan lawak jenaka mereka, sakat menyakat diantara kami adik beradik.
Minggu lepas aku dah pun balik kampung. Dapat jumpa mak abah n adik2. Meriah nyer masa dikampung. Aku ngan Hubby apa lagi asyik makan jer. Mak pulak rajin masak. Masak Plak tu yang sedap2..lauk kegemaran aku walaupun simple tapi makan memang tak ingat KL dah...hehehe...Lauk ikan bakar. Aku sempat snap pic untuk korang tapi tak sempat nak upload lagi. sabar eik..Masa di kampung tiap hari ade jer aktiviti, sampai kan tak sempat nak rehat..malam jer aku dapat rehat.. bila matahari menjelma aku menjadi sibuk, bukan sibuk ape pun, sibuk siap kan makanan dan memasak sebab nyer hubby ku memang hobi dia kaki makan. Tiap waktu nak makan jer..aku layannnn jer...janji tak pening kepala.
Dan hari terakhir di kampung aku, aku n family pegi kenduri member aku. Waktu aku sampai umah kenduri hujan turun...dah lar masa tu pukul 12.30 tengahari..lapar giler...sampai jer terus cari nasi. Aku pun cepat ceduk lauk n cari tempat untuk duduk..hubby dah tempah tempat ddk untuk semua...so ape lagi terus makan lar...lauk di umah kenduri fuhhhh...memang sedap...lapar kata kan apa pun memang sedap. kenduri yang aku hadir adalah kenduri housemate masa aku ddk penang dulu. Masa kenduri aku dulu pun dia datang so aku pun kena lar balik. lagi pun dekat dgn kampung aku.
Sebelum balik sempat lagi mak aku bakar ikan yang dibantu oleh hubby aku n abah...Abah ngan hubby aku memang kawan baik. Kitaorang makan memang puas hati. Pada sebelah malam aku akan berangkat pulang ke KL...ini lah satu2 nyer perkara yg boring...nak balik KL..rasa mcm nak demam jer..klau blh tak nak balik..klau blh nak sambung cuti lagi. Disebabkan tiket flight dah amik so dengan terpaksa aku kena juga balik. Selamat tinggal Kampung...buat seketika waktu..nantikan kepulangan ku.
Buat mak, abah, hubby, adik2 n kakak ku SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA...BERSAMA KITA MENGHAYATI ERTI SEBUAH PENGORBANAN...MAAF DIPINTA tak lupa juga kepada kawan2 dan kepada korang yang follow blog aku ni. SALAM...
Hari-hari yg dinantikan telah tiba...aku akan bercuti & balik kampung. Rehatkan minda dan badan dari kekalutan di KL. Dulu masa duduk di kampung best sangat...bila lar lagi aku dapat peluang duduk di kampung aku mcm 3 tahun lepas (semoga harapan aku menjadi kenyataan). errrmmm...semalam hubby aku dah tanya "sayang dah packing baju untuk blik kg belum" dengan segera aku menjawab, dah siap semua nyer. Tunggu hari jer!!.huhuhuhu...(al-maklumlah aku ni memang orang kampung, dah tak blh jadi orang bandar pun)... semangat aku bila ckp tentang blik kampung. Sape tak ingat kampung sendirikan..yang paling malas bila dah sampai kampung ialah apabila nak balik ke KL plak..itu yang paling malas sekali.
Pagi ni plak ada meting bahagian...sempat jugak aku snap pic2 semasa meting tadi..mcm2 yg dibincangkan. Pening jugak aku dengar meeting tadi...banyak hal yg perlu di sattle kan..tapi apa yang penting kerjasama..ada juga suara2 yg kurang menyengankan keudara...asyik nak cari kesalahan org jer...pening aku...dah lar malas nak pikiaq.
Apepun minggu ni adalar minggu yg paling aku suka sangat...coz nak blik kampung. Rindu nyer kat MAK, ABAH, n ADIK2 yang nakal2. Minggu ni saje dah berpuluh kali adik & mak aku cal n MSG tanya perkara yg sama "Bila KAK ANGAH sampai Kampung"?...errrmm...mcm tu lar perangai adik aku yg manja.
Kepada semua sahabat ini sekadar renungan "HARGAILAH KEDUA IBU BAPA KITA SEMENTARA MEREKA MASIH ADA DI DUNIA INI & SAYANGI LAH MEREKA SEPENUH HATI KITA, KERANA IBU & BAPA KITA TIADA PENGGANTI". Ok bye semua...salam.
Salam buat sahabat-sahabat semua...lama juga rasa nyer tak menulis di Blog ni. Bukan tak nak menulis tetapi rasa nyer tak sempat dgn kerja yang banyak di opis ni. Weekend lepas aku berkerja, so seperti yang di janjikan minggu lepas aku dah snap pic yang sempat aku rakam kan khas buat korang semua...Selamat menonton.
Aku memasukkan brg kedalam Beg
Beg yang telah siap untuk diberikan kpd tetamu yang hadir
Seorang isteri yang dicintai oleh suami tercinta berasal dari kepulauan legenda Mahsuri Langkawi. Berhijrah mencari rezeki dan pengalaman hidup untuk bekalan di hari mendatang.
Dunia ini Umpama Lautan Yang Luas. Kita Adalah Kapal Yang Berlayar Di Lautan Telah Ramai Kapal Karam Didalamnya...Andai Muatan Kita Adalah Iman Dan Layarnya Takwa, Nescaya Kita Akan Selamat Dari Tersesat Di Lautan Hidup Ini.
Mutiara Kata
"Angan-angan, harapan, keinginan, kehendak dan cita-cita dapat diubah sehingga menjadi kenyataan, setelah melalui pengalaman pahit dan kegagalan dan tetap bertekad untuk berjalan terus maju terus tanpa mengenal lelah dan putus asa sekalipun orang lain sudah menghalangnya"