Jumaat, April 09, 2010

Majlis "Kami Prihatin"...

Alhamdulilah Semua nya sudah selesai..
Semalam adalah hari pelancaran "Kami Prihatin"
YB. Senator Datuk Sharizat yang merasmikan Majlis tersebut
Ramai artis yang turut serta
30 puluh artis popular tanah air terbabit dalam kempen kemanusiaan itu
dan lagu Harapan Tanpa Suara dinyanyikan oleh artis-artis tersebut
Penyanyi No.1 negara dato Ct pun ada..
Kempen "Kami Prihatin" adalah bagi menangani gejala dera kanak-kanak dan buang bayi.
Memandangkan sekarang terlalu banyak gejala penderaan kanak-kanak dan buang bayi dan ini adalah salah satu langkah kerajaan menangani masalah ini daripada terus berleluasa.
Sedih sangat tengok baby yang dibuang oleh Ibu n Bapa diorang
Dimanakah letaknya kasih sayang mereka..
Fikir kan lah...


LIRIK LAGU HARAPAN TANPA SUARA

Di dalam kandungan ibuku tersayang
Amannya kurasakan
Degupan jantungmu, jantungku
Irama penuh syahdu

Kuingin rasai kehangatan pelukan
Belaian kasih sayang
Kujaga kau di hari tuamu
Andai panjang usiaku

Korus
Namun hanya harapan tanpa suara
Di dunia cuma seketika
Jasad kaku dibaluti kertas usang
Terbiar bagai sampah terbuang

Dimanakah ibu, dimanakah ayah
Bonekakah atau manusia
Anak tidak berdosa menjadi mangsa
Oleh hawa nafsu yang serakah

Lagu S.Atan
Lirik Habsah Hassan

Me n Friend semasa Majls tersebut