Isnin, April 23, 2012

Aku Bersyukur...

Sedar tak sedar bulan April akan berakhir, bulan April adalah bulan yang tersangat indah bagi aku
Kerana...
Bulan April adalah hari lahir & ulang tahun perkahwinan ku
bagi tahun ini
tahun yang  ke-4 ulang tahun perkahwinan ku bersama Encik Hubby.., aku Bersyukur kepada MAHA Pencipta kerana mengutuskan kebahagian kepada aku dan suami, bagi aku tiada galang gantinya kebahagiaan kami ini, sukar untuk dicakap dan bairlar aku jer yang mengetahui..hahahaha

Masih segar di Memory ini, saat perkenalan yang terlalu simple..lepas tu bawa balik jumpa abah n mak untuk mohon restu, selepas dari itu bertunang dan terus berlangsungnya perkahwinan, Alhamdulilah..aku bersyukur sangat2 di atas kebahagian ini...dan setiap hari aku tak pernah lupa untuk berdoa semoga kebahagian ini berpanjangan hingga ke alam Syurga..amin



Rabu, April 04, 2012

DAN sekarang...

Permulaan tahun 2012 pelbagai dugaan, suka dan duka. Alhamdullilah dan bersyukur dapat menghadapi semua itu dengan tabah. Terima kasih juga buat suami tercinta kerana dialah yang memberi semangat dan dorongan. 

02 Februari 2012 (tarikh yang tidak akan luput dari  minda ini) Ayahanda tercinta telah pulang keRahmatullah, terasa begitu sekejap dengan abah, rasa tak puas lagi  nak bersembang dengan abah, tapi itu semua adalah ketentuan ALLAH..hidup mati, ajal, jodoh dan rezeki adalah ketentuan Maha Pencipta. ALLAH yang mengetahui segala-galanya. Setiap hari aku tak pernah lupa untuk berdoa semoga ALLAH menempatkan ABAH ditempat orang-orang yang beriman.Amin...Hanya ALLAH yang tau betapa aku merindui ABAH. Bagi aku abah adalah ABAH yang terbaik di Dunia ini..

 Setelah perginya abah buat selama-lamanya, aku terasa kehilangan dan kehidupan ini tidak selengkap dahulu, dan baru lar aku terfikir tidak semua di atas muka bumi ini kekal selama-lamanya  dan yang kekal hanyalah Yang MAHA ESA. Mudah-mudahan ALLAH memberi kekuatan untuk aku terus menjalani kehidupan di atas muka bumi ini. InsyaALLAH..

DAN sekarang...
Hidup mesti diteruskan