Jumaat, Oktober 30, 2009

Pagi ini- Perhimpunan Bulanan Jabatan

Pagi ni seperti biasa aku datang ke tempat kerja.Sebelum turun kereta macam biasa aku akan salam dengan hubby kesayangan n dicintai, dan hubby aku membalas dengan ciuman dipipi ku (dalam hati aku berkata tak bestnyer nak kena bepisah 8 jam dengan hubby ku, tapi apakan daya ). Dalam fikiran ku terfikir ada perhimpunan bulanan (errmmm kena turun awal untuk ambil tempat duduk, klau lewat nanti kena berdiri) Tak nak aku berdiri sampai habis perhimpunan. Sudah lar kesihatan aku yang tidak berapa sihat ni.huhuhuu...

Perhimpunan pagi tadi bertemakan KECERIAAN  dan bermula dengan nyanyian lagu negara ku, lagu jabatan n lagu senyuman. pas tu bacaan ikrar. Yang paling best sekali adalah renungan pagi. Penceramah sporting. Siap berkaraoke n gelek sekali.Penceramah tu nyanyi Lagu dr M. Daud Kilau lagi..siap  menari, walaupun dia lelaki tetapi tangan dia lembut giler bila menari. Aku rasa pompuan pun tak mcm dia menari. Dan yang paling sedih apa bila persembahan dari koir dari RSK. sedih sebab orang2 tua yg buat persembahan, nyanyi lagu sedih lar plak...aku tengok ramai juga kawan2 ku yang menangis. termasuk lar aku sebak dan sedih jugak rasa nyer...terus teringat mak abah kat kampung nun jauh di sana....sedang buat ape mereka sekarangkan??..

Habis jer perhimpunan ape lagi makan lar...Tapi walaupun perhimpunan tadi simple tapi tetap meriah dan best.Tak semestinya nak "grand'' semuanya baru nak meriah. Apa pun tahniah kepada Bahagian yang memikul tanggungjawab untuk menjayakan majlis perhimpunan pagi tadi.






Khamis, Oktober 29, 2009

Salam hari khamis buat semua....




Berada dihari khamis adalah hari yang membuat perasaan setiap orang gembira..kerana esok adalah hari jumaat..dan apabila hari jumaat menjelma pada keesokan harinya kita semua akan bercuti dari keje..ermmm best nyer.Dapat rehat dan tenangkan fikiran. Aku macam biasa keje pada hari. Keje tak banyak tapi masih ada keje = x berapa buzy lar sangat. Bila bercakap tentang hari ada juga hari-hari yang susah rasanyer kita nak lalui, rasa perit, pahit tapi di bibir terus tersenyum dan sentiasa bercakap OK jer dah sihat... Kadang-kadang kita tak suke apa yang terjadi kepada kita, tapi itu semua ketentuan ILAHI. Aku terima dengan redha. Aku perlu banyak bersabar menerima dugaan ini, memang susah tapi nak buat macam mana, seperti yang aku cakapkan tadi ini semua ketentuan ILAHI (Qada dan Qadar). Mungkin apa yang terjadi ada hikmah di sebalik semua ini. Terima kasih kepada mak n kakak aku yang yang sentiasa mengambil berat tentang diri ini (sayang jugak diorng kat aku, sayang mak...)tak lupa juga kepada kawan-kawan ku yang sentiasa memesan dan tak pernah jemu mengulangi perkataan perlu jaga kesihatan diri. Thanks a lot 2 u all..SAYANG SEMUA.

Rabu, Oktober 28, 2009

Haruman cinta kita



saat aku tersungkur
kau hadir sebagai pelindung
membawa aku ke alam
yang lebih mendewasakan
bersama haruman cinta kita
saat aku bahagia
kau hadir sebagai peneman
dengan membawa seribu cerita
ada suka dan duka
saat aku bersedih
kau hadir sebagai penjaga
membawa aku ke dunia tenang
dengan bisikan kata yang mendamaikan
aku bukan perayu cinta
namun aku penerima cinta
dari dia yang mendamaikan aku
bisikan cinta menggetarkan hatiku
walaupun ada duka disebaliknya
ketabahanmu ketabahanku
aku berpegang katamu itu
aku akan terus bertahan
selagi urat nadiku bergetar dengan cintamu

Selasa, Oktober 27, 2009


Majlis Perkahwinan ku...

Majlis perkahwinan ku adalah sesuatu yang indah buat ku bersama suami tercinta.

SALAM PERKENALAN KEPADA SEMUA SAHABAT-SAHABAT KU.....;)

Salam Perkenalan Kepada Semua Sahabat-Sahabat ku...

First time mencipta blog untuk diri sendiri...banyak yang perlu dipelajari
Mempelajari sesuatu yang baru...(best jgk rasa nyer)