Isnin, April 23, 2012

Aku Bersyukur...

Sedar tak sedar bulan April akan berakhir, bulan April adalah bulan yang tersangat indah bagi aku
Kerana...
Bulan April adalah hari lahir & ulang tahun perkahwinan ku
bagi tahun ini
tahun yang  ke-4 ulang tahun perkahwinan ku bersama Encik Hubby.., aku Bersyukur kepada MAHA Pencipta kerana mengutuskan kebahagian kepada aku dan suami, bagi aku tiada galang gantinya kebahagiaan kami ini, sukar untuk dicakap dan bairlar aku jer yang mengetahui..hahahaha

Masih segar di Memory ini, saat perkenalan yang terlalu simple..lepas tu bawa balik jumpa abah n mak untuk mohon restu, selepas dari itu bertunang dan terus berlangsungnya perkahwinan, Alhamdulilah..aku bersyukur sangat2 di atas kebahagian ini...dan setiap hari aku tak pernah lupa untuk berdoa semoga kebahagian ini berpanjangan hingga ke alam Syurga..amin



Rabu, April 04, 2012

DAN sekarang...

Permulaan tahun 2012 pelbagai dugaan, suka dan duka. Alhamdullilah dan bersyukur dapat menghadapi semua itu dengan tabah. Terima kasih juga buat suami tercinta kerana dialah yang memberi semangat dan dorongan. 

02 Februari 2012 (tarikh yang tidak akan luput dari  minda ini) Ayahanda tercinta telah pulang keRahmatullah, terasa begitu sekejap dengan abah, rasa tak puas lagi  nak bersembang dengan abah, tapi itu semua adalah ketentuan ALLAH..hidup mati, ajal, jodoh dan rezeki adalah ketentuan Maha Pencipta. ALLAH yang mengetahui segala-galanya. Setiap hari aku tak pernah lupa untuk berdoa semoga ALLAH menempatkan ABAH ditempat orang-orang yang beriman.Amin...Hanya ALLAH yang tau betapa aku merindui ABAH. Bagi aku abah adalah ABAH yang terbaik di Dunia ini..

 Setelah perginya abah buat selama-lamanya, aku terasa kehilangan dan kehidupan ini tidak selengkap dahulu, dan baru lar aku terfikir tidak semua di atas muka bumi ini kekal selama-lamanya  dan yang kekal hanyalah Yang MAHA ESA. Mudah-mudahan ALLAH memberi kekuatan untuk aku terus menjalani kehidupan di atas muka bumi ini. InsyaALLAH..

DAN sekarang...
Hidup mesti diteruskan




Rabu, Oktober 05, 2011

Sesungguhnya aku tidak sempat untuk mengupdate blog aku...huhuhu
sedih sangat...kerana membiarkan blog ini dengan terlalu lama tanpa mempedulikan ia,
InsyaALLAH lepas habis assgment akan di update seperti biasa....(itu pun klau rajin)..hahahaha

Khamis, Ogos 25, 2011

Selesai..

Alhamdulilah...baru jer selesai exam dalam minggu ni, dan aku boleh lar merasa nikmat berehat seketika
dan yang paling penting mood untuk beraya. sebelum ni langsung tak dak mood nak beraya..bukan pe asyik dok pikiaq nak habiskan exam dulu, setelah selesai baru lar boleh pikiaq bab raya plak..dan kini Ramadhan hanya tinggal beberapa hari jer lagi, sedihnyar..bulan yang mulia nak meninggalkan kita semua..mudah-mudahan tahun hadapan kita semua berjumpa lagi bulan yang mulia dan barakah ini, amin... dan kepada yang akan pulang ke kampung, berhati-hati dijalan raya semasa memandu dan selamat pulang ke kampung halaman.

-SELAMAT HARI KEPADA SEMUA MAAF ZAHIR DAN BATIN -
 


Selasa, Julai 05, 2011

Study time....

Isnin, Jun 06, 2011

Alhamdulilah...

Akhirnyer keputusan exam yang lepas telah pun diketahui
Alhamdulilah keputusan yang terbaik aku perolehi...
...dan sekarang semester ke-2 telah bermula..bertambah bersemangat aku untuk terus berusaha mendapatkan yang terbaik..InsyALLAH..
atas daya usaha aku selama ini dan dorongan dari suami tercinta (terima kasih abang...terlalu banyak menolong sayang dan pembakar semangat).
ok lar assgment terlalu banyak..perlu menyegerakan kesudahannya..hahaha.
macam ni lar gaya seorang student..perlu bijak membahagikan masa
jumpa lagiiii.....

Isnin, April 18, 2011

;)......

Terlalu lama aku meninggalkan blog ini
dek kerana sibuk dengan hal-hal yang masih belum selesai
buat seketika waktu aku mencuri sesaat dua utk meng'update' blog
lepas ni nak sambung membaca dan mentalaah buku kerana exam akan datang...
doakan aku berjaya...AMIN..


Isnin, Mac 21, 2011

Antara yang telah dilaksanakan...

Alhamdulilah..semalam telah terlaksananyer ORAL COMMUNICATION..
apa yang aku cakap pun tak tau lar..aku hentam jer..apa yang ada di kepala otak semua aku kuar kan
hahaha...akhirnyer berjaya jugak menghabiskan masa yang diberi oleh lecturer selama 10 minit itu..dan aku tidak mensia-saikan masa yang terlalu singkat itu..lega rasa nyer..untuk sementar waktu sahaja dan final exam akan menyusul..persediaan perlu di lakukan..ape yer nak jawab nanti..pe pun kena baca buku..Minggu-minggu untuk mengulangkaji pelajaran...sehingga berjumpa lagi..

Rabu, Mac 02, 2011

Yang Perlu di Siapkan...

Antara perkara yang perlu di selesaikan :-


1) BDPP 1103    -  INTRODUCTORY MANAGEMENT
2) OUMH 1303  - ENGLISH FOR ORAL COMMUNICATION
3)OUMH1103    - LEARNING SKILLS FOR OPEN AND DISTANCE LEARNERS

semua memerlukan kertas kerja...yang banyak membantu hubby tercinta..pembakar semangat n menyumbang ideal yang bernas..tq very much darling!!
jasa mu di kenang...

si penulis tak sempat nak update blog sejak kebelakang ini..diantara sebab2nya seperti diatas.

Isnin, Februari 14, 2011

Kelahiran Yang Dinantikan..

Salam Maulidur Rasul buat semua umat ISLAM di seluruh dunia


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Jumaat, Januari 07, 2011

New life 2011

Agak lama aku tinggalkan blog tersayang ni
harap-harap x lar bersawang...hihihi
hujung tahun 2010 aku tinggalkan dengan banyak memori indah dan sedih
Dan kini 2011 datang...semoga tahun 2011 akan membawa berjuta kejayaan kepada diriku

Aku menghabiskan cuti hujung tahun bersama huby, cuti2 Malaysia..
Agak teruja jugak kerana melawat tempat yang x pernah aku jejaki
Dan esok bermula lar kehidupan baru ku..
kehidupan baru yang membawa seribu makna dalam diri
atas dorongan suami tercinta...
Semoga kehidupan baru ini mengubah kehidupan ku pada suatu hari nanti

ESOK ADALAH PASTI 
DAN HARI INI ADALAH KENANGAN SELAMANYA....

Rabu, Disember 08, 2010

Penat..penat..

sejak akhir-akhir ni aku lah yang menjadi model untuk mr. hubby (layak ker nak jd model) saje suke2..huhu
asyik nak mencuba camera baru...so aku lar yang perlu berkorban utk mr.hubby
cewah ayat..berkorban..sebenarnyer suka sangat bila ada orng nak ambik pic aku, lebih2 lagi hubby sendiri
errmmm...hehehe,,memang aku ni kaki bergambar... nak wat cam na kan..
adoi baru tadi jadi model lagi...ok lar pe pun untuk hubby aku  tersangat lar suka...

dan di bawah ni antara pic yang di snap oleh mr.hubby semasa ke MAHA minggu lepas..
sampaikan dah penat nak senyum...


Aku dengan sekaki payung di depan rumah Negeri Sembilan

menuju destinasi seterusnyer...

~Muka Penat~ngeeeeee...



Sayur-Sayuran..

 Bunga Orkid...Cantik kan

ok nak cerita sikit tentang perjalanan ke MAHA..
nak sampai ke MAHA saje mengambil masa 2jam 30 minit..dengar mcm pelik jer kan
nape sampai berjam2..sedangkan aku aku tinggal di sekitar KL..ape terjadi sbnrnya
sampai jer di serdang jalan mmg jem teruk..nak masuk ke tmpt parking mengambil masa yg terlalu lama
huby lar org yg terpaling sabar..tunggu punya tunggu sampaikan aku tertido dlm keta...
klau ikut aku nak jer pusing keta terus blik..dah arr lapar
sampai jer terus cari kedai makan sblm memulakan perjalanan
dan slpas mkn bermula pengembaraan di MAHA
penat giler sampai ke malam baru selesai pengembaraan aku ngan huby..samapi umah terus tertido..waaaa..penat sehhh
2 tahun lagi insyALLAH akan kesana lagi
Bersama-sama lar kita menyokong  seperti yang disaran oleh Perdana Menteri kita
PERTANIAN ADALAH PERNIAGAAN
sekian...

Isnin, Disember 06, 2010

Salam Maal Hijrah 1432

Salam Maal Hijrah pada semua
Bersama-sama lar kita menghayati erti Penghijrahan pada tahun ini
jangan lupa petang nanti lepas asar baca doa akhir tahun dan selepas maghrib baca doa awal tahun

mudah-mudahan kita semua mendapat keberkatan dari pencipta seluruh alam...amin

Jumaat, Disember 03, 2010

Finally...

Alhamdulilah akhirnyar dapat jgk
setelah sekian lama mengidap untuk mendapatkan NIKON D7000
My hubby yang terlalu nak sangat camera tu...and now he got..suka lar tu...
tak tido lar malam ni...hehehe..

lepas ni banyak lagi lar pic dekat blog aku ni...itu pun klau rajin upload n update blog
harap2 rajin lar
sekarang bukan tak rajin tapi di sebabkan tanggungjawab yang lebih penting perlu di langsaikan..
sekian..jumpa lagi...

Sabtu, November 20, 2010

SUASANA EIDUL ADHA 2010

Selamat Hari Raya Eidul Adha..Bersama lar kita menghayati erti pengorbanan
Rasanyer tak terlambat lagi aku nak ucap kan selamat hari raya
Setelah sekian lama aku meninggalkan blog tersayang ni
sibuk dengan urusan aku ngan huby( menyibukkan diri)

Me n En.Hubby di pagi raya yang penuh ceria...

Lembu yang akan di korbankan di Pagi Raya

Bersiap sedia...huhu..takut nyer tengok

Lepas korban nasi dagingpun tersedia..yummy..sedapnyer
air tangan en. hubby

Rencah2..ape ntah utk mkn dgn nasi daging speacial

Soto Madura..

Sup Daging...

Sabtu, November 06, 2010

~Puas Hati Aku~

Setelah berminggu-minggu aku merancang untuk mencuba resepi baru akhirnya hari ni tercapai hasrat aku 
Resepi tu klau korang dengar pun cam biasa jer...
tapi bagi aku, aku mesti mencubanyer
aku telah mencuba buat yang terbaik...hehe..
Resepi tersebut adalah DONAT..
PUAS HATI AKU dapat mengayak, menguli dan menggoreng sendiri
dan puas hati gak coz dapat bagi en.Hubby makan ape yang aku masak sendiri


Sebenarnya dah lama nak mencuba buat sendiri, tapi di sebabkan bz hasrat tersebut tertunda
selalu nyer p kedai terus dapat jer, tapi bila buat sendiri rasa puas hati sangat
dah tu sekali mencuba terus jadi (pujian untuk diri sendiri)

sedap plak tu...PUJI EN. HUBBY..(sape lagi nak memuji klau bkn ENCIK yang sorang tu)
dalam 1 hari 2 jenis resepi aku cuba...1 lagi coklat kek, pun menjadi...itu pun mendapat pujian gak
errmmm...bestnyer cuti hari jumaat,banyak benda blh buat
nikmati lar pic dibawah ni walaupun x dapat rasa...selamat menjamu mata... 
klau nak rasa habaq lar...blh mai umah..tapi sebelum nak mai tu kena lar habaq dulu
bukan pe takut tak dak kat umah...jalan pun rajin jugak..




    

Khamis, Oktober 14, 2010

Setiamu pada KU...

Dikala hubby tak de di umah kau lah PENEMAN setia ku
tanpa mu ku sepi
kau yang menghiburkan hatiku dikala aku keseorangan..


ini lar peneman ku di kala kesunyian..hahaha...jgn nak fikir bukan2 yer

Hari-hari yang mendatang...

Setelah bertukar ke tempat bertugas yang baru Alhamdullilah semoga terlalu baik
susah hendak ku bayangkan kali pertama melangkah ke tempat yang baru
fikiran asyik berfikir..bagaimana?kenapa?dimana...dan lain2 lagi
tapi sekarang semuanya dalam genggaman ku
segala pertanyaan telah terjawab dengan sendiri
segala pertanyaan telah ku temui jawapan
Dan sekarang aku harus terus melangkah dan melangkah hingga ke akhir..
Mesti buat yang terbaik itu janji ku pada diri
Ini semua adalah ketentuan Ilahi
InsyALLAH matlamat dan doa ku akan termakbul

Jumaat, Oktober 01, 2010

Rasa Nyer tak Terlambat lagi Kut...

Rasa nyer tak terlambat lagi aku nak upload pic masa raya hari tu..hehehe..
bukan terlambat ape pun
sebab dlm seminggu dua ni aku buzy dengan persiapan utk meeting
lepas jer raya sibuk plak menghadiri jemputan rumah terbuka n kenduri kawen..terlalu banyak plak tu
esok pun ada..dah seminggu huby dapat jemputan, so kena lar pergi. aku adalah peneman setia huby 

ni ha pic raya aku ngan huby...

sebelum pergi sembahyang raya di Masjid Wilayah



Lepas raya me n huby g jalan2 di penang..beraya sambil bercuti2 Malaysia
bukan pe huby nak sangat masuk penang, nak mkn nasi kandar line clear n cicah rojak penang
best n sedap makanan penang..cayalah..

wah dah nak sampai...
Feri...korang dah tau kan!!

dah sampai pun line clear...yummmy...yummmyyy

Ini lar Line Clear..klau p penang tak kena Line Clear tak boleh duduk oooo....
Dia punya kari betul2 menyengat..

ni plak rojak buah yang di cicah dgn sambal dibawah ni :-

Ini lar dia sambal yang dicicah dgn buah yang atas tadi
kuah rojak ni memang lain dari yang lain..
 
ok lar dah bnyak bercerita..stop kat c ni dulu.
nak sambung kerja lar plak
jumpa lagi.






Khamis, September 23, 2010

Jom sama-sama kita...



Wahai wanita-wanita semua sama-sama lar kita menjaga aurat..

Rabu, September 22, 2010

.....

Dah lama aku tinggal blog ni..sejak balik dari raya langsung tak update
bukan x mau menulis lagi tapi disebabkan bz yang teramat sangat
nanti akan ku cuba mengupdate blog kesayangan ku ini..
ada banyak kerja yang perlu disiapkan utk dibawa masuk ke meeting pada hari jumaat ni
Sekian..jumpa lagi..

Rabu, September 08, 2010

Selamat Hari Raya...



Selamat hari raya kepada semua muslimin dan muslimat
semoga raya kita pada tahun ini memberi seribu pengertian
dan kepada
Suami tercinta..seribu kemaafan syg pohon dari abg..luv u darling!
kepada semua saudara-saudaraku, sahabat, kawan-kawan semua dan pengikut2 blog yang jauh dan dekat aku mengucapkan 
Selamat Hari RayaMaaf Zahir dan Batin




Jom baca

Pagi tadi aku terbaca artikel di bawah ni di harian METRO
Aku tertarik dgn artikel ni dan aku nak berkongsi bersama dgn korang semua
Asal kejadian Nabi ADAM..memang best sangat..jom baca


Tanah bagaimana dijadikan Adam?

1. Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Mugaddis
2. Tanah Bukit Tursina
3. Tanah Iraq
4. Tanah Aden
5. Tanah Al-Kautsar
6. Tanah tempat bakal berdirinya Baitullah
7. Tanah Paris
8. Tanah Khurasan
9. Tanah (Babylon)
10. Tanah India
11. Tanah syurga
12. Tanah Tha'if

Kata Ibnu Abbas :
1. Kepala Adam dari tanah Baitul Muqadis, kerana di situlah berada otak manusia, dan di situlah tempatnya akal.
2. Telinganya dari tanah Bukit Thursina, kerana dia alat pendengar dan tempat menerima nasihat.
3. Dahinya dari tanah Iraq, kerana di situ tempat sujud kepada Allah.
4. Mukanya dari tanah Aden, kerana di situ tempat berhias dan tempat kecantikan.
5. Matanya dari tanah telaga Al-Kautsar, tempat menarik perhatian.
6. Giginya dari tanah Al-Kautsar, tempat manis.
7. Tangan kanannya dari tanah Kaabah, untuk mencari nafkah dan kerjasama sesama manusia.
8. Tangan kirinya dari tanah Paris, tempat beristinjak.
9. Perutnya dari tanah Babylon. Di situlah tempat seks (berahi) dan tipu daya syaitan untuk menjerumuskan manusia ke lembah dosa.
10. Tulangnya dari tanah Bukit Thursina, alat peneguh tubuh manusia.
11. Dua kakinya dari tanah India, tempat berdiri dan jalan.
12. Hatinya dari tanah syurga Firdaus, kerana di situlah iman, keyakinan, ilmu dan kemahuan.
13. Lidahnya dari tanah Tha'if, tempat mengucap syahadah, bersyukur dan mendoakan kepada Tuhan.

Bagaimanakah prosesnya :
1. Ketika Allah menjadikan Adam, tanah itu bercampur air tawar, air masin, air hanyir, angin, api. Kemudian Allah resapkan Nur kebenaran dalam diri Adam dengan pelbagai macam "sifat".

2. Lalu tubuh Adam itu digenggam dengan genggaman "Jabarut" kemudian diletakkan di dalam "Alam Malakut".

3. Sesungguhnya tanah yang akan dijadikan "tubuh Adam" adalah tanah pilihan. Maka sebelum dijadikan patung, tanah itu dicampurkan dengan rempah-rempah, wangi-wangian dari sifat nur sifat Allah, dan dirasmi dengan air hujan "Barul Uluhiyah".

4. Kemudian tubuh itu dibenamkan di dalam air "Kudral-Izzah-Nya" iaitu sifat "Jalan dan Jammal". Lalu diciptakan menjadi tubuh Adam yang sempurna.

5. Demikian pula roh, ketika itu diperintah masuk ke tubuh Adam, ia malas dan enggan, malah berputar-putar, mengelilingi patung Adam yang terlantar.
Kemudian Allah menyuruh malaikat Izrail untuk memaksa roh itu masuk, akhirnya ia menyerah kepada Izrail.

Menurut riwayat ketika Adam masih di syurga, sangat baik sekali kulitnya. Tidak seperti warna kulit kita sekarang ini.

Kerana Adam diturunkan ke dunia, terjadilah perubahan pada warna kulitnya. Sebagai peringatan yang masih tertinggal warnanya hanyalah pada kuku manusia.

Hal ini kita biasa lihat meskipun orang kulitnya hitam, warna kukunya adalah sama, ialah putih kemerah-merahan. Dijadikan pada tubuh Adam ada sembilan rongga atau liang.

Tujuh buah liang di kepala dan dua liang di bawah badan letaknya.
Tujuh buah letaknya di kepala: dua liang mata, dua liang telinga, dua liang hidung dan sebuah liang mulut.

Yang dua macam di bawah: sebuah liang kemaluan dan liang dubur.

Dijadikan pula lima pancaindera:

1. Mata alat penglihatan
2. Hidung alat penciuman
3. Telinga alat pendengaran
4. Mulut alat perasa manis, masin dan sebagainya.
5. Anggota tubuh lainnya seperti kulit, telapak tangan, untuk merasa halus, kasar dan sebagainya.

Selepas roh masuk tubuh Adam perlahan-lahan sehingga ke kepalanya yang mengambil masa 200 tahun.

Demikianlah Allah memberi kekuatan pada Izrail memasukkan roh ke tubuh Adam. Dahulu Izrail ditugaskan mengambil tanah untuk Adam, dan kini mencabut nyawa manusia.

Selepas meresap ke kepala Adam, maka terjadilah otak dan tersusun urat sarafnya dengan sempurna. Kemudian terjadilah matanya seketika itu matanya terus terbuka melihat dan melirik ke kiri dan ke kanan.

Dan juga melihat ke bawah di mana bahagian badannya masih adalah tanah keras. Dilihatnya kiri dan kanan malaikat yang sedang menyaksikan kejadian dia.
Ketika itu Adam mendengar malaikat mengucapkan tasbih dengan suara merdu dan mengasyikkan. Ketika roh sampai ke hidungnya lalu ia bersin, serta mulutnya terbuka.

Ketika itulah Allah mengajarnya mengucap Alhamdulillah. Itulah ucapan Adam yang pertama kepada Allah.

Lalu Allah berkata: "Yarkhamukallah" yang ertinya: "semoga engkau diberi rahmat Allah". Oleh kerana itu jika orang bersin menjadi ikutan sunat mengucap "Alhamdulillah" dan orang yang mendengarnya sunat mengucapkan
"Yarkhamukallah".

Kemudian ketika roh sampai pada dadanya, tiba-tiba saja ia mahu bangun. Padahal bahagian badannya ke bawah masih menjadi tanah keras.

Di sini menunjukkan sifat manusia yang suka tergesa-gesa (tidak sabar). Sebagaimana firman Allah yang bermaksud: "Dan adalah manusia itu, suka tergesa-gesa".

Maka, ketika roh itu sampai di perutnya, terjadilah susunan isi perut dengan sempurna. Maka seketika itu terasa lapar.

Kemudian terus roh itu meresap ke seluruh tubuh Adam, tangan, kaki lalu terjadi darah daging dan tulang, urat-urat, berkulit dengan sempurna, kian lama kian bagus dan halus.

Apabila kejadian Adam sempurna sebagai manusia baru, maka dialah adalah jenis makhluk manusia yang pertama.

Wajahnya cukup cantik, semua malaikat kagum melihat Adam yang menawan. Adam diarak malaikat selama 100 tahun lalu diperkenalkan kepada seluruh penghuni langit pertama hinggalah ketujuh sebelum dibawa ke syurga tempat mula-mula Adam dijadikan.

Rabu, Ogos 25, 2010

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan

Alhamdulillah hari ni sudah masuk 15 Ramadhan, aku dapat menjalani ibadat berpuasa tanpa sebarang masalah.
Cepat betul masa berlalu
rasa mcm baru semalam start nak puasa
sekarang dah masuk fasa ke2 Ramadhan
Sedih jugak bila diakhir-akhir ramadhan ni..bulan penuh keberkatan dan barakah akan meninggalkan kita semua
entah jumpa lagi ke tidak ramadhan tahun hadapan...mudah2han ALLAH panjangkan umur aku..AMIN. 

5 hari lagi kita semua akan menyambut hari kemerdekaan
Sekali lagi aku bersyukur kerana dapat hidup di bumi bertuah ni..MALAYSIA 
Kepada Semua Rakyat MALAYSIA aku mengucapkan Selamat Menyambut Hari Merdeka
Bersama-sama lar kita menjaga Keharmonian dan Kemakmuran negara kita.
                                           Bendera Malaysia


                   Bendera  Negeri Kedah(Aku anak Kedah)

Selasa, Ogos 10, 2010

Salam RAMADHAN Buat Semua Umat Islam

Marhaban Ya Ramadhan..
Ramadhan datang lagi
Bulan Yang dinantikan oleh setiap Umat Islam
Semoga Ramadhan kali ini membawa seribu keberkatan buat kita semua..AMIN 

Jumaat, Julai 16, 2010

Hari - Hari Yang Mendung ;)





Pic ni diambil semasa hari hendak hujan
Suasana yang agak menggerunkan apabila aku melihat awan yang hitam dan angin yang terlalu kuat

Isnin, Julai 12, 2010

`BREAKING THE SIEGE....`

Semalam berlangsung nyer "Breaking The Siege The Spirit Of Rachel Corrie &  Mavi Marmara" di PWTC.
Majlis tersebut di rasmikan oleh Tun Mahathir Mohamed.
Turut hadir bersama NGO2 & aktivis keamanan dari serata dunia,  dan juga orang-orang awam yang ingin mendengar sendiri apa kah yang berlaku semasa kapal Rachel Corrie & Mavi Marmara di tawan oleh tentera Israel.
Aku ngan huby ape lagi...bila ada peluang mcm ni kami pasti x melepaskan peluang
selalunyer kita hanya mendengar di media massa saja.

sesi berdialog bersama sukarelawan





Banyak pengajaran yang aku terima semasa disana
Aku bersyukur kerana dilahirkan di Bumi tercinta MALAYSIA
Bersama-sama lar kita menjaga keamanan sejagat
salam....

Isnin, Julai 05, 2010

.......

malas & boring nyer nak datang keje
banyak plak tu keja yang tak pernah habis
nak sattlekan semua sekali
huuuuuuuu...sedih
nak cuti balik kampung pun dah tak boleh
penat sangat rasa nyer...
tolong lar aku nak bercuti
sekian lama tak bercuti

*Luahan hati yang lara...., bila kerani dah jadi bos, mcm ni lar jadi nyer..huhuhuu

Selasa, Jun 29, 2010

salam...

salam buat semua kawan2..& sahabat2 ku
dah terlalu lama aku tak berkesempatan  utk meng"update"kan blog aku ni
dah berabuk..jgn naik sawang sudah lar
mana tak nyer d opis aku buzy dgn keja yg tak penah habis
bila dah balik rumah yang aku tau hanya lar nak tido
dengan keadaan cuaca skrang membuatkan aku cepat penat n kadang2 kesihatan mengganggu
Penat sangat sejak kebelakangan ni..
Minggu lepas adik aku zaza (k.teh) datang umah
dia dah dapat ngajar untuk sementara waktu
sampai jer umah aku terus minta aku bawa jalan
hal jalan2 ni no problem..aku suka sangat..jalan2 di sekitar KL membuatkn aku tak kuat Iman untuk menghadapi godaan di sekeliling..lepas tu ape lagi aku shoping lar
sampai tak ingat dunia..sama lar dgn adik aku tu pun
mengalahkan orang yang dah keja lama..semua benda dia nak (sori yer teh..hehe ;))

Di opis plak tak habis2 dengan keja..penat sangat
sampai atas meja aku pun dah penuh dengan fail2...
penat weeeeeee...
k lar aku pun nak sambung keja yang terlalu banyak ni..
bye..

Isnin, Mei 31, 2010

IKEA..


Aku ngan huby menikmati hidangan di IKEA..
Diantara Makanan yang Huby suka sangat apabila ke IKEA
Pasti x lepaskan peluang untuk menikmati bebola daging n Ikan Salmon
errrmmmm..memang sedap..
Macamni lar xtvt weekends kita orang
lepas makan g shoping..sampai aku pening kepala dah x tau pe nak beli
almaklumlah banyak sangat pilihan di IKEA

Rabu, Mei 26, 2010

Akhirnya...

Salam buat sahabat2 ku..
Terlalu lama aku berdiam diri dari berblog...dah hampir sebulan..huhu
aku  sibuk dengan kerja n exam yang baru aku tempohi
dan aku diarah oleh my bos untuk mengadakan Bengkel di Kelantan
Best jugak semasa berada di Kelantan
banyak yang aku shoping, sambil menyelam minum air sekali
Alhamdulilah semua nyer sudah selesai akhirnya
dan sekarang keadaan kembali seperti biasa
cuma lebihan kerja2 yang tertangguh mesti aku selesaikan

Bercerita tentang exam yang lepas memang terlalu menguji kefahaman kerja aku
sebenarnya aku exam KPSL = Kenaikan Pangkat Secara Lantikan
Alhamdulilah aku dapat jawap
tapi tak tau lar lulus ke tak...hehe
Minta2 tu biarlar lulus
Thanks kepada  MY DEAR HUBBY yang banyak memberi sokongan dan semangat
HUBBY yang banyak menyuruh membaca buku, almaklumlah aku ni memang malas sikit jer bila time nak membaca buku ni, dah lar tu kena baca buku undang2 plak tu
pening jadinyer...ayat-ayat yang entah ape2 tu...fuhhhh menguji kefahaman aku masa tu
selesai semuanyer baru rasa ok sikit
ok setakat ini dulu aku bercerita tentang cerita2 terbaru aku..

semasa breakfast kat Concorde Hotel lepas habis exam
'b' bawa untuk rehat2kan minda seketika



Lepak2 di Coffee House Concorde Hotel