Jumaat, Oktober 30, 2009

Pagi ini- Perhimpunan Bulanan Jabatan

Pagi ni seperti biasa aku datang ke tempat kerja.Sebelum turun kereta macam biasa aku akan salam dengan hubby kesayangan n dicintai, dan hubby aku membalas dengan ciuman dipipi ku (dalam hati aku berkata tak bestnyer nak kena bepisah 8 jam dengan hubby ku, tapi apakan daya ). Dalam fikiran ku terfikir ada perhimpunan bulanan (errmmm kena turun awal untuk ambil tempat duduk, klau lewat nanti kena berdiri) Tak nak aku berdiri sampai habis perhimpunan. Sudah lar kesihatan aku yang tidak berapa sihat ni.huhuhuu...

Perhimpunan pagi tadi bertemakan KECERIAAN  dan bermula dengan nyanyian lagu negara ku, lagu jabatan n lagu senyuman. pas tu bacaan ikrar. Yang paling best sekali adalah renungan pagi. Penceramah sporting. Siap berkaraoke n gelek sekali.Penceramah tu nyanyi Lagu dr M. Daud Kilau lagi..siap  menari, walaupun dia lelaki tetapi tangan dia lembut giler bila menari. Aku rasa pompuan pun tak mcm dia menari. Dan yang paling sedih apa bila persembahan dari koir dari RSK. sedih sebab orang2 tua yg buat persembahan, nyanyi lagu sedih lar plak...aku tengok ramai juga kawan2 ku yang menangis. termasuk lar aku sebak dan sedih jugak rasa nyer...terus teringat mak abah kat kampung nun jauh di sana....sedang buat ape mereka sekarangkan??..

Habis jer perhimpunan ape lagi makan lar...Tapi walaupun perhimpunan tadi simple tapi tetap meriah dan best.Tak semestinya nak "grand'' semuanya baru nak meriah. Apa pun tahniah kepada Bahagian yang memikul tanggungjawab untuk menjayakan majlis perhimpunan pagi tadi.