Khamis, November 26, 2009

Selamat Hari Raya Aidiladha

Salam buat semua....
Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha buat semua Umat Islam yang akan menyambutnyer esok. Ramai yang sudah bercuti dan ada juga yang sudah sampai ke kampung halaman. Bila sudah sampai kampung halaman semua benda nak masak n nak kemas rumah kan...so buzy sangatkan...ok lar tu dari tak balik kampung macam aku ni.

Raya kali ni aku kat KL jer..raya di KL lar...tak best nyer. Semua nyer rasa slow. tak macam di kampung semua berbeza. Tapi apapun aku tetap ada suami tercinta di sisi. Cuma bezanyer mak abah n adik2 tak de...klau ada adik2 aku yang nakal semua jadi ceria, dengan lawak jenaka mereka, sakat menyakat diantara kami adik beradik.

Minggu lepas aku dah pun balik kampung. Dapat jumpa mak abah n adik2. Meriah nyer masa dikampung. Aku ngan Hubby apa lagi asyik makan jer. Mak pulak rajin masak. Masak Plak tu yang sedap2..lauk kegemaran aku walaupun simple tapi makan memang tak ingat KL dah...hehehe...Lauk ikan bakar. Aku sempat snap pic untuk korang tapi tak sempat nak upload lagi. sabar eik..Masa di kampung tiap hari ade jer aktiviti, sampai kan tak sempat nak rehat..malam jer aku dapat rehat.. bila matahari menjelma aku menjadi sibuk, bukan sibuk ape pun, sibuk siap kan makanan dan memasak sebab nyer hubby ku memang hobi dia kaki makan. Tiap waktu nak makan jer..aku layannnn jer...janji tak pening kepala.

Dan hari terakhir di kampung aku, aku n family pegi kenduri member aku. Waktu aku sampai umah kenduri hujan turun...dah lar masa tu pukul 12.30 tengahari..lapar giler...sampai jer terus cari nasi. Aku pun cepat ceduk lauk n cari tempat untuk duduk..hubby dah tempah tempat ddk untuk semua...so ape lagi terus makan lar...lauk di umah kenduri fuhhhh...memang sedap...lapar kata kan apa pun memang sedap. kenduri yang aku hadir adalah kenduri housemate masa aku ddk penang dulu. Masa kenduri aku dulu pun dia datang so aku pun kena lar balik. lagi pun dekat dgn kampung aku.

Sebelum balik sempat lagi mak aku bakar ikan yang dibantu oleh hubby aku n abah...Abah ngan hubby aku memang kawan baik. Kitaorang makan memang puas hati. Pada sebelah malam aku akan berangkat pulang ke KL...ini lah satu2 nyer perkara yg boring...nak balik KL..rasa mcm nak demam jer..klau blh tak nak balik..klau blh nak sambung cuti lagi. Disebabkan tiket flight dah amik so dengan terpaksa aku kena juga balik. Selamat tinggal Kampung...buat seketika waktu..nantikan kepulangan ku.

Buat mak, abah, hubby, adik2 n kakak  ku SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA...BERSAMA KITA MENGHAYATI ERTI SEBUAH PENGORBANAN...MAAF DIPINTA tak lupa juga kepada kawan2 dan kepada korang yang follow blog aku ni. SALAM...



Selasa, November 17, 2009

Jom Balik Kampung....

Hari-hari yg dinantikan telah tiba...aku akan bercuti & balik kampung. Rehatkan minda dan badan dari kekalutan di KL. Dulu masa duduk di kampung best sangat...bila lar lagi aku dapat peluang duduk di kampung aku mcm 3 tahun lepas (semoga harapan aku menjadi kenyataan). errrmmm...semalam hubby aku dah tanya "sayang dah packing baju untuk blik kg belum" dengan segera aku menjawab, dah siap semua nyer. Tunggu hari jer!!.huhuhuhu...(al-maklumlah aku ni memang orang kampung, dah tak blh jadi orang bandar pun)... semangat aku bila ckp tentang blik kampung. Sape tak ingat kampung sendirikan..yang paling malas bila dah sampai kampung ialah apabila nak balik ke KL plak..itu yang paling malas sekali. 

Pagi ni plak ada meting bahagian...sempat jugak aku snap pic2 semasa meting tadi..mcm2 yg dibincangkan. Pening jugak aku dengar meeting tadi...banyak hal yg perlu di sattle kan..tapi apa yang penting kerjasama..ada juga suara2 yg kurang menyengankan keudara...asyik nak cari kesalahan org jer...pening aku...dah lar malas nak pikiaq.


Apepun minggu ni adalar minggu yg paling aku suka sangat...coz nak blik kampung. Rindu nyer kat MAK, ABAH, n ADIK2 yang nakal2. Minggu ni saje dah berpuluh kali adik  & mak  aku cal n MSG tanya perkara yg sama "Bila KAK ANGAH sampai Kampung"?...errrmm...mcm tu lar perangai adik aku yg manja. 

Kepada semua sahabat ini sekadar renungan "HARGAILAH KEDUA IBU BAPA KITA SEMENTARA MEREKA MASIH ADA DI DUNIA INI & SAYANGI LAH MEREKA SEPENUH HATI KITA, KERANA IBU & BAPA KITA TIADA PENGGANTI". Ok bye semua...salam.


 
Me... :)


                                                              

 


Tengah berbincang sesuatu yg penting...




 




Rabu, November 11, 2009

Seminar Sukarelawan 2009 Di PWTC


Salam buat sahabat-sahabat semua...lama juga rasa nyer tak menulis di Blog ni. Bukan tak nak menulis tetapi rasa nyer tak sempat dgn kerja yang banyak di opis ni. Weekend lepas aku berkerja, so seperti yang di janjikan minggu lepas aku dah snap pic yang sempat aku rakam kan khas buat korang semua... Selamat menonton.


Aku memasukkan brg kedalam Beg


Beg yang telah siap untuk diberikan kpd tetamu yang hadir



Me n My Friends




 
AJK Pendaftaran




 











 
Para hadirin Sukarelawan





Jumaat, November 06, 2009

KERJA YANG TIDAK PERNAH HABIS....




Salam buat sahabat2 blog...hari Jumaat datang lagi, penghulu segala hari. Esok cuti, errrmmm berstnyer.....tapi aku n my group kena keje esok n lusa (sabtu n Ahad). Penat giler...tak dapat rehat pada weekend ni. Klau tak selalu aku ngan hubby akan ada jer aktiviti pada hari-hari yang sangat indah ni. Waktu tu lar aku dpt rehat n kemas umah. Sambil2 melayan hubby yang sentiasa aku rindui...(Sori abg, minggu ni syg dipaksa bekerja, minggu dpn kita dating habis2 yer!). Aku akan bertugas di Pusat Dagangan Dunia Putra singkatanyer PWTC untuk Seminar Kesukarelaan. Aku dilantik oleh bos aku utk menjadi AJK Pendaftaran. Lepas habis pendaftaran kena plak sambut tetamu VVIP...penat oooo...tapi apakan daya atas arahan orang atasan (aku hanya munurut perintah yang diperintahkan). Tapi lepas habis majlis ni nanti aku akan bercuti, blik kampung..errrmmm best!!....dapat rehat kan badan, minda n dapat jumpa mak abah n adik2 di kampung. So sahabat2 semua nantikan pic yang akan aku snap di PWTC nanti...korang semua aku ucapkan selamat beristirehat bersama keluarga masing2...manfaatkan masa yang ada untuk keluarga kita...Salam Buat semua.

Rabu, November 04, 2009

DOA SEORANG ISTERI




Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa ku yg telah ku buat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yg tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku
dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala
perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati olehMu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya
Tetapi Ya Allah
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku
Kau tunjukkanlan aku jalan yg terbaik untuk aku harungi segala
dugaanMu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatanMu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena

Ya Allah
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu

Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa RahmatMu

Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu
Ya Allah Ya Tuhanku
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang soleha
Isteri yang sentiasa dihati

Amin, amin Ya Rabbal Allamin..