Rabu, April 04, 2012

DAN sekarang...

Permulaan tahun 2012 pelbagai dugaan, suka dan duka. Alhamdullilah dan bersyukur dapat menghadapi semua itu dengan tabah. Terima kasih juga buat suami tercinta kerana dialah yang memberi semangat dan dorongan. 

02 Februari 2012 (tarikh yang tidak akan luput dari  minda ini) Ayahanda tercinta telah pulang keRahmatullah, terasa begitu sekejap dengan abah, rasa tak puas lagi  nak bersembang dengan abah, tapi itu semua adalah ketentuan ALLAH..hidup mati, ajal, jodoh dan rezeki adalah ketentuan Maha Pencipta. ALLAH yang mengetahui segala-galanya. Setiap hari aku tak pernah lupa untuk berdoa semoga ALLAH menempatkan ABAH ditempat orang-orang yang beriman.Amin...Hanya ALLAH yang tau betapa aku merindui ABAH. Bagi aku abah adalah ABAH yang terbaik di Dunia ini..

 Setelah perginya abah buat selama-lamanya, aku terasa kehilangan dan kehidupan ini tidak selengkap dahulu, dan baru lar aku terfikir tidak semua di atas muka bumi ini kekal selama-lamanya  dan yang kekal hanyalah Yang MAHA ESA. Mudah-mudahan ALLAH memberi kekuatan untuk aku terus menjalani kehidupan di atas muka bumi ini. InsyaALLAH..

DAN sekarang...
Hidup mesti diteruskan