Khamis, November 26, 2009

Selamat Hari Raya Aidiladha

Salam buat semua....
Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha buat semua Umat Islam yang akan menyambutnyer esok. Ramai yang sudah bercuti dan ada juga yang sudah sampai ke kampung halaman. Bila sudah sampai kampung halaman semua benda nak masak n nak kemas rumah kan...so buzy sangatkan...ok lar tu dari tak balik kampung macam aku ni.

Raya kali ni aku kat KL jer..raya di KL lar...tak best nyer. Semua nyer rasa slow. tak macam di kampung semua berbeza. Tapi apapun aku tetap ada suami tercinta di sisi. Cuma bezanyer mak abah n adik2 tak de...klau ada adik2 aku yang nakal semua jadi ceria, dengan lawak jenaka mereka, sakat menyakat diantara kami adik beradik.

Minggu lepas aku dah pun balik kampung. Dapat jumpa mak abah n adik2. Meriah nyer masa dikampung. Aku ngan Hubby apa lagi asyik makan jer. Mak pulak rajin masak. Masak Plak tu yang sedap2..lauk kegemaran aku walaupun simple tapi makan memang tak ingat KL dah...hehehe...Lauk ikan bakar. Aku sempat snap pic untuk korang tapi tak sempat nak upload lagi. sabar eik..Masa di kampung tiap hari ade jer aktiviti, sampai kan tak sempat nak rehat..malam jer aku dapat rehat.. bila matahari menjelma aku menjadi sibuk, bukan sibuk ape pun, sibuk siap kan makanan dan memasak sebab nyer hubby ku memang hobi dia kaki makan. Tiap waktu nak makan jer..aku layannnn jer...janji tak pening kepala.

Dan hari terakhir di kampung aku, aku n family pegi kenduri member aku. Waktu aku sampai umah kenduri hujan turun...dah lar masa tu pukul 12.30 tengahari..lapar giler...sampai jer terus cari nasi. Aku pun cepat ceduk lauk n cari tempat untuk duduk..hubby dah tempah tempat ddk untuk semua...so ape lagi terus makan lar...lauk di umah kenduri fuhhhh...memang sedap...lapar kata kan apa pun memang sedap. kenduri yang aku hadir adalah kenduri housemate masa aku ddk penang dulu. Masa kenduri aku dulu pun dia datang so aku pun kena lar balik. lagi pun dekat dgn kampung aku.

Sebelum balik sempat lagi mak aku bakar ikan yang dibantu oleh hubby aku n abah...Abah ngan hubby aku memang kawan baik. Kitaorang makan memang puas hati. Pada sebelah malam aku akan berangkat pulang ke KL...ini lah satu2 nyer perkara yg boring...nak balik KL..rasa mcm nak demam jer..klau blh tak nak balik..klau blh nak sambung cuti lagi. Disebabkan tiket flight dah amik so dengan terpaksa aku kena juga balik. Selamat tinggal Kampung...buat seketika waktu..nantikan kepulangan ku.

Buat mak, abah, hubby, adik2 n kakak  ku SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA...BERSAMA KITA MENGHAYATI ERTI SEBUAH PENGORBANAN...MAAF DIPINTA tak lupa juga kepada kawan2 dan kepada korang yang follow blog aku ni. SALAM...